Assalamualaikum....
Myspace
Friendster
Facebook
Twitter
Instagram....
Hati terpanggil untuk berkongsi dengan
akal fikiran tentang kecanggihan teknologi masa kini. Mana tidaknya, saban
hari otak memberi arahan kepada pancaindera mata seterusnya tangan untuk
mendaftar masuk laman sosial facebook. Alhamdulillah, laman sosial lain
tidak menjadi kegilaan. Pernah suatu masa di bangku sekolah dulu, subjek
bahasa Melayu memperuntukkan 2 jam setengah untuk penulisan.
Salah satu soalan yg aku pernah jawab dahulu,
'Kebaikan dan Keburukan Internet'. 360 patah perkataan sudah cukup untuk
menjana idea yg terkumpul di minda. Memang tidak dinafikan internet
merupakan satu landasan yg baik untuk manusia mengenal Ilahi seterusnya
mengenal siapa empunya diri, alam semesta yg indah dek dipandang sekali
lintas menenangkan jiwa. Semuanya melalui laman sesawang. Taip sahaja
kemana tempat idaman dan impian, google image akan memaparkan segalanya..
Indah ciptaan Allah yg maha pencipta. Aku tahu. Tapi kenapa nafsu dlm diri
ini selalu sahaja mendahului iman? Astagfirullah.. Semoga aku mendapat
petunjuk dari Allah..
Berbalik kepada laman sosial di
atas.. Apakah tujuan kita untuk mengakses laman sosial tersebut? Mengikut
pandangan aku, tidak lain tidak bukan mengejar populariti? Tidak tepat..
Berhubung, merapatkan ikatan ukhwah sesama sahabat? 70% tepat.
InsyaAllah... Sebenar nya masing2 ada tujuan sendiri. tepuk dada tanya lah
hati.. Facebook berjaya mempengaruh masyarakat dunia dengan keajaibannya
tersendiri. Terasa seolah2 dipukau.
Ketagih. Pulangnya dari kuliah, bukaknya laptop maka bukak lah
facebook. entah mana silapnya pemikiran sempit begini. Hati mengeluh,
tetapi buntu mencari penyelesaian...
Semoga suatu hari anjakan paradigma dari
kotak pemikiran ini dapat menghalang facebook sebagai keutamaan...
Cukuplah sekadar satu. Tapi semua aku bolot. Dari myspace hinggalah instagram..
Gila populariti kah aku ni? Bukan.. Hati cakap ikut trend.. Jujur,
selain facebook, aku tidaklah selalu mendaftar masuk twitter bagai.
Sekarang berjinak-jinak dengan instagram.huhu.. Myspace, Frendster jgn
cakaplah, dah lapuk dimakan zaman. Pandangan diri, mereka mereka yg
hyperactive dgn twitter seolah-olah mengejar populariti. Apa penting
sangat post, twit anda kepada negara? Sampai makan, minum mandi perlu
dihebah hebahkan? Orang lain pandang, baca post anda. Ia menggambarkan
siapa kita sebenar. Sebab segala yg ditaip adalah luahan dari kotak
pemikiran.
Dahulu negara
kita dijajah. Alhamdulillah kita merdeka. Merdeka secara zahir sahaja.
Batin masih dijajah. Kelemahan seseorang dtg dari kesilapan diri.
Kesilapan dtg dari otak yg salah memikir. Manusia twitter, facebook
sgt mudah untuk dijajah. Tgk sahaja, status, twit dah tahu kelemahan
diri.. Haish mcm merapu. Fikirlah apa yg terbaik untuk kita. Fikirkan
untuk 10,20,30 tahun akan datang. Siapa diri kita ketika itu? Tetamu Allah
sedang menghitung hari untuk dihitung berat amal?
Sebenarnya setiap
orang mempunyai motif sendiri untuk mempunyai laman sosial ini. Mungkin sebagai
diari, penyimpan kenangan, pencari maklumat, connecting people, sharing is
caring dan banyak lg laa. Bersangka baik. kemonnn laa
Wallahualam.. Hanya Allah yg tahu..
Post ni sbb gua bosan. Nak uji tahap
penulisan samada masih tajam atau tumpul. Sekadar pandangan terus dari akal....
Kritikan itu membina. Membina itu kritikan.
Sayoonara