Sunday, 11 November 2012

Assalamualaikum Cinta...

Dikala kebosanan, aku cuba mengupas apa itu erti jodoh..
Kupasan yang sangat ringkas..
Berdesup lalu di kepala otak

Mengikut firasat falsafah aku, jodoh itu pertemuan.  Pertemuan itu membawa kepada perkenalan. Perkenalan itu membawa kepada percintaan.  Percintaan itu membawa kepada kebahagiaan.  Kebahagiaan itu membawa kepada keredhaan. Keredhaan itu membawa kepada Syurga.
Jodoh itu pasti.


huhu

Saturday, 10 November 2012


Iman seseorang itu kadang bertambah kadang berkurang.  Sometimes I used to plot a graph of iman vs time. And the line varies a lots :) 








Thursday, 1 November 2012


Assalamualaikum....


Myspace
Friendster
Facebook
Twitter
Instagram....


Hati terpanggil untuk berkongsi dengan akal fikiran tentang kecanggihan teknologi masa kini. Mana tidaknya, saban hari otak memberi arahan kepada pancaindera mata seterusnya tangan untuk mendaftar masuk laman sosial facebook. Alhamdulillah, laman sosial lain tidak menjadi kegilaan. Pernah suatu masa di bangku sekolah dulu, subjek bahasa Melayu  memperuntukkan 2 jam setengah untuk penulisan. 

Salah satu soalan yg aku pernah jawab dahulu, 'Kebaikan dan Keburukan Internet'. 360 patah perkataan sudah cukup untuk menjana idea yg terkumpul di minda. Memang tidak dinafikan internet merupakan satu landasan yg baik untuk manusia mengenal Ilahi seterusnya mengenal siapa empunya diri, alam semesta yg indah dek dipandang sekali lintas menenangkan jiwa. Semuanya melalui laman sesawang. Taip sahaja kemana tempat idaman dan impian, google image akan memaparkan segalanya.. Indah ciptaan Allah yg maha pencipta. Aku tahu. Tapi kenapa nafsu dlm diri ini selalu sahaja mendahului iman? Astagfirullah.. Semoga aku mendapat petunjuk dari Allah.. 

         Berbalik kepada laman sosial di atas.. Apakah tujuan kita untuk mengakses laman sosial tersebut? Mengikut pandangan aku, tidak lain tidak bukan mengejar populariti? Tidak tepat.. Berhubung, merapatkan ikatan ukhwah sesama sahabat? 70% tepat. InsyaAllah... Sebenar nya masing2 ada tujuan sendiri. tepuk dada tanya lah hati.. Facebook berjaya mempengaruh masyarakat dunia dengan keajaibannya tersendiri. Terasa seolah2 dipukau. 
Ketagih. Pulangnya dari kuliah, bukaknya laptop maka bukak lah facebook. entah mana silapnya pemikiran sempit begini. Hati mengeluh, tetapi buntu mencari penyelesaian... 

Semoga suatu hari anjakan paradigma dari kotak pemikiran ini dapat menghalang facebook sebagai keutamaan... Cukuplah sekadar satu. Tapi semua aku bolot. Dari myspace hinggalah instagram.. Gila populariti kah aku ni? Bukan.. Hati cakap ikut trend.. Jujur, selain facebook, aku tidaklah selalu mendaftar masuk twitter bagai. Sekarang berjinak-jinak dengan instagram.huhu.. Myspace, Frendster jgn cakaplah, dah lapuk dimakan zaman. Pandangan diri, mereka mereka yg hyperactive dgn twitter seolah-olah mengejar populariti. Apa penting sangat post, twit anda kepada negara? Sampai makan, minum mandi perlu dihebah hebahkan? Orang lain pandang, baca post anda. Ia menggambarkan siapa kita sebenar. Sebab segala yg ditaip adalah luahan dari kotak pemikiran. 

           Dahulu negara kita dijajah. Alhamdulillah kita merdeka. Merdeka secara zahir sahaja. Batin masih dijajah. Kelemahan seseorang dtg dari kesilapan diri. Kesilapan dtg dari otak yg salah memikir. Manusia twitter, facebook sgt mudah untuk dijajah. Tgk sahaja, status, twit dah tahu kelemahan diri.. Haish mcm merapu. Fikirlah apa yg terbaik untuk kita. Fikirkan untuk 10,20,30 tahun akan datang. Siapa diri kita ketika itu? Tetamu Allah sedang menghitung hari untuk dihitung berat amal? 

          Sebenarnya setiap orang mempunyai motif sendiri untuk mempunyai laman sosial ini. Mungkin sebagai diari, penyimpan kenangan, pencari maklumat, connecting people, sharing is caring dan banyak lg laa. Bersangka baik. kemonnn laa

Wallahualam.. Hanya Allah yg tahu..


Post ni sbb gua bosan. Nak uji tahap penulisan samada masih tajam atau tumpul. Sekadar pandangan terus dari akal.... Kritikan itu membina. Membina itu kritikan.
Sayoonara


Wednesday, 14 March 2012

Langkah kanan-kiri


Post pertama- pasal bola jaring. Disebabkan hari ni aku ada match bola sepak melawan kolej tuanku canselor, aku nak share rahsia serba sedikit pasal bola ni.  kalau nak ceritakan penglibatan aku dalam bola sepak ni memang panjang cerita-ceritri nya. nanti kalau ada masa aku ceritakan. posisi perlawanan ketiga ni aku ditugaskan untuk menjadi messi attacking midfielder.  sebenarnya, aku x pandai sangat posisi ni. tp x salah kan kalau kita mencuba. InsyaAllah kemenangan pertama yang kami buru selama ni akan muncul tiba-tiba tiba.  Masa zaman sekolah, kenangan paling masam manis ak adalah bersama pasukan bola sepak sekolah. Banyak kenangan. Dari zero to hero. Byk kali masuk final tapi kalah.huhu.

Pemain cardiff city Malaysia yang paling versatile bagi aku x lain x bukan abg Safee Sali kita la. Aku dgn Safee Sali ni panggil bro je. Safee Sali mempunyai bakat, keyakinan, kekuatan yang luar biasa bagi penduduk Malaysia. Kalau depan goal je, penyerang lain akan gelabah nak score.(termasuk aku). Selama aku memerhati Safee Sali main, dy tenang je depan goal. score goal pun cantik-cantik. ak dah cuba untuk calm down dalam kotak penalti lawan, tapi x berjaya pun. mmg betul kata fakhri sarani, "kalau bola tu x nak masuk, dia x masuk gak". Luar padang ramai boleh kritik, tp on field, mmg lain. Perasaan gemuruh, nak awek menang, nak score menghantui kepala otak player. Apa pun, ak harap Safee Sali teruskan momentum seorang player professional di Cardiff city Pelita Jaya. begitu juga fakhri sarani player Malaysia yang lain.

Walaupun dah konpem tersingkir ke olimpik London, ak harap team Malaysia mng lwn dgn Syria malam ni. biar puak basyar tahu, itu baru bola, belum berperang lagi dgn Malaysia.